
Disebabkan final exam dah nak dekat, [just around the corner!!] assignment pun dah mula muncul... Bukan takat tu je, presentation pun sedang mengintai2 dari tirai kamar nye untuk menunggu gilirannya pulak.. "ishhh.." hati ku berkata,"banyaknye kerja!! bertimbun2... tension2..." katanye lg. Akhirnya, terjadi la sebuah cerita dimana, pada suatu hari, sedang sibuk2 membuat assignment, sang kancil tidak sedar bahawa microsoft office nya tidak boleh digunakan lg. sudah 60 hari rupanye.. Dah expired.. Sang kancil tidak tahu nak buat apa, fikir punya fikir, dia pun mencuba untuk mencari product key microsoft office tersebut. Sang kancil panik, dia tidak jumpa product key yang sepadan dengan microsoftnya. Dia sangat risau, assignment nya perlu di hantar dalam masa yang terdekat ini. Dia cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Wireless yang dia gunakan turut bermasalah. Dimana, line wireless itu, tersangat lah lembap. Sang kancil tetap cuba mendownload tetapi tiba-tiba tertera perkataan "TOO BIG". Tanpa melengahkan masa, sang kancil pun menelefon bapanya untuk meminta pertolongan. Malangnya nasib sang kancil, pertolongan bapanya itu pun tidak dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Pada masa itu juga, line telefon bimbit nya turut bermasalah. Akibat melayan hatinya yang sedang marah dan geram itu, lalu dia menghempas telefon bimbitnya ke lantai. Setelah itu, dia membuat keputusan bahawa pada malam itu, dia tidak mahu memikirkan masalah itu lagi. Pada keesokan harinya, selepas selesai waktu kuliah, dia bercadang untuk pergi ke cyber cafe untuk mendownload microsoft office nya yang baru. Hampir dua jam dia berada di cyber cafe itu hanya untuk menunggu software nya selesai didownload. Kemudian, sang kancil pun bergegas pulang ke rumah dan terus membuka netbooknya . Alangkah kecewa nya sang kancil apabila mengetahui bahawa software yang dia download itu tidak boleh digunakan. Belek punya belek, sang kancil pun terjumpa satu software iaitu "wordpad" dan di dalam hatinya berkata "kenapa aku xpikir langsung pasal wordpad ni ek?? kalo x, dah siap dah assignment aku semalam.. begok!". Sang kancil berasa sangat gembira dan dia pun meneruskan hasratnya untuk menyiapkan assignment even "wordpad" itu tidak secanggih microsoft office......... ^_^