Thursday, July 26, 2012

:: $$$ rm $$$ ::


Ni jela yang mampu kan.
Besi-besi ni jugak yang tinggal.
Besi-besi ni jugak yang ade.
Hehe ^^





Wednesday, July 25, 2012

:: want a new one ::


Yang lama perlu diganti yang baru.
Tapi masalahnya, yang baru tu dah masuk ke dalam lubang yang teramat dalamnya.
Lubang 'shower', tak sempat tangan ni nak mencapainya....

Hendak ku tangis, tiada berair mata,
Hendak ku senyum, tiada siapa nak teman,
Kalaulah nasib, sudah tersurat,
Begini hebat, apa nak buat,

Di mana, kan ku cari ganti,
Serupa dengan mu,
Tak sanggup ku berpisah,
Dan berhati patah, hidup gelisah,

Alangkah pedih rasa hati,
Selama kau pergi,
Tinggalkan sendirian,
Tiada berteman dalam kesepian,

Dunia terang menjadi gelita,
Cahaya indah tiada bergema,
Keluhan hatiku membawa derita,
Kini kau jua tak kunjung jelma,

Di mana, kan ku cari ganti,
Mungkinkah di syurga,
Untuk kawan berduka,
Menagis bersama, selama-lamanya.

Haa.. hambik! baru cincin masuk lubang 'shower' tu je kot. 
Sampai keluar lirik lagu bagai. Sudahhh.
Guna yang lama balik lah gamaknya.
Bila la nak dapat yang baru nih. i-i






Monday, July 23, 2012

:: Fleksibiliti ::

Menurut kamus dewan, 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dengan mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadan.

Menurut sumber lain pula, flexibility refers to; capable of being bent or flexed; capable of being bent repeatedly without injury or damage; susceptible to influence or persuasion; tractable; responsive to change; adaptable.

Perkataan 'fleksibel' adalah salah satu perkataan yang saya sering gunakan when there's a planning to go somewhere, choosing somethings, give an opinion dan seumpamanya lah. Kawan-kawan saya agak bengang when I start to use this 'word'. Haha. Macam menguji tahap kesabaran gitu lah. Orang dah penat-penat planning tu planning ni, bila minta pendapat sikit the common answers tak lain tak bukan, 'ikut lah', 'saya tak kisah', 'saya fleksibel semuanya boleh', 'aku ikut korang je' dan lain-lain lagi. Mana nye tak bengang sampai tumbuh tanduk, telinga berasap bila dengar jawapan macam tu kan. Haha. Nasib korang lah kawan..

But it's true beb! Gua memang fleksibel pun. Gua ikut je apa korang punya planning. Tak ke ok kalau jadi fleksibel macam ni. Senang hidup. Nak angkut ke sana ke sini pun senang kan. Tak payah nak susah-susah fikir pasal nak angkut gua kan. Beb! Banyak pulak masa gua update blog ni. Agaknya kalau siapkan questionaire tu, CONFIRM dah siap. Haih. Padahal nak menaip balik je kot. Bukan kena create ayat banyak-banyak. Hm, kesian Pn, Baity dapat student macam gua ni kan. Maapkan saya ya puan. Akan saya siapkan before naik semester baru nanti. hah!




Tuesday, July 17, 2012

To-do List

Sekadar hanya untuk mengingatkan diri sendiri & sebelum semuanya tergendala.. :)

1. Sewing [Must done before eyin balik uthm] - Done
2. Thesis questionaire [Next week] - In progress
3. Muet registration [Must  done before 26/7/2012] - Done
4. Mara payment - Done
5. Renew i/c [Thursday] - Done



Monday, July 16, 2012

Semester Break

Just a few days, we as a 'muslim' akan menyambut bulan Ramadhan. Hoyeah! Almost a month stay di rumah. What a wonderful holiday, isn't it? Di suruh pergi mencari kerja, malas deh. Di suruh duduk di rumah membesarkan badan, bisa sih! Hehe.. 

Kehadapan saudara/ri sekalian, di sini saya yang bernama Noor Hidayu Mohamed Hussain ingin berkongsi serba sedikit aktiviti yang saya lakukan sepanjang berada di rumah. Ececeh~ dalam nada menulis surat ok.
Di sini juga saya sertakan senarai aktiviti yang mungkin berguna kepada diri sendiri.

1. Menjahit - Hasil kerja saya nampaknya semakin baik kot.  
2. Bersenam - Nak menguruskan badan yang serba besar ini. Every evening saya dancing tau~ 
3. Mengemas rumah - Aktiviti tetap setiap hari nih.
4. Membuat resepi baru - Ini pun aktiviti biasalah bila dah duduk rumah sorang2 kan~ makan apa yang ada.
5. Berjalan2 - Everyday. of course!



Ok, itu sahaja untuk hari ini. Sehingga bertemu kembali di hari dan waktu yang akan datang. Wassalam.. :)