Ini kisah aku dan mereka.
Since dan bergelar seorang yang berkerjaya ni macam2 yang aku belajar, macam2 yang aku jumpa. Aku baru je masuk alam bekerja ni. Nak dijadikan cerita, lepas je habis praktikal terus sambung kerja kat situ dan sekarang baru je masuk kerja baru dua minggu macam tu lah.
Story 1
Kisah yang boleh dikongsi bersama semua orang, niat satu2nya bekerja kerana Allah swt. Aku ni takde lah baik sangat alim sangat. Tapi aku percaya once kita niat kerana Dia, hidup pastinya mudah. Aku bersyukur giler even gaji takda la besau mana. Masih mencukupi.
Story 2
Berkongsi kesenangan bersama mereka yang berada di dalam kesusahan atau yang tidak sempurna. Even pemberian yang tak banyak, janji ikhlas supaya kite dapat keberkatan daripada pemberian itu.
Nasihat 1
Stop mengeluh. Ini memang something yang sangat difficult untuk kita as human. Manusia sentiasa suka mengeluh. Dalam hidup aku ni je, ramai sangat aku jumpa yang sebegitu. I try my best untuk tidak mengeluh. In shaa allah.
Nasihat 2
Tidak meminta berlebih-lebihan. You know what i mean right. Syukur dengan apa yang diperolehi. Bukan kita disuruh untuk tidak berusaha mendapatkan yang lebih tinggi. Tapi kita sebenarnya diminta bersabar + berusaha + redha untuk ke tahap itu. Bukan sewenang-wenangnya kita dapat pergi ke tahap yang lebih tinggi. That's why kenapa kita rasa hidup kita tak mencukupi. Tak salah memulakan sesuatu dari peringkat yang lebih rendah. Think positive. Dari bawah tu lah yang kita akan belajar macam2.
Nasihat 3
Kontrak @ tetap? Jangan sesekali menyalahkan word ni. Kontrak boleh dibuang bila-bila masa je? ye betul, tidak dinafikan. Tetapi, even tetap pun bos kau boleh buang je kalau die rasa die taknak perkhidmatan kau tu. So, its depends on us, how we do our work. Selagi kerja kita betul, orang pun suka, tak ada beza pun antara kontrak dengan tetap. Dapat point kat situ tak?
Nasihat 4
Jangan banding diri kita dengan seseorang. Biarlah kalau die gaji banyak tapi kerja macam hampeh sekali pun. Jangan ikut die. Jangan pertikaikan die. Kau tengok diri sendiri dulu. Sesungguhnya, orang yang bersabar, orang yang ikhlas bekerja, niat kerana Allah swt, Pasti dimudahkan segala-galanya. In Shaa Allah.
Antara rujukan yang korang boleh refer:
a) "Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)
b) "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)
c) "Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan." (al-Taubah: 105)
d) "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)
e) "Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai dari apa yang mereka lakukan". (al-An'am: 132)
f) "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)
Ini adalah kisah yang dapat dikongsikan kat korang berdasarkan pengalaman yang ada. Sekiranya ada apa-apa yang salah, harap dibetulkan. Aku manusia yang tidak sempurna. Sekian, Terima Kasih.
P/s: Entry paling panjang yang pernah aku buat. Muehehe. ^^v