Dari kata jadi segala,
Puas dijaga,
Sudah ditahan,
Untuk sekeping hati.
Dari kata nampak,
Kenal semua,
Kadang tak perasan,
Tercuit hati.
Friday, November 28, 2014
Sunday, November 23, 2014
Katanya
Muncul tiba-tiba,
Tiada punca,
Masa singkat,
Kenal kita,
Goyah mulanya,
Dalam tak sedar,
Rapat tak sengaja,
Semua nak sama,
Kisah dikongsi,
Pengalaman dicerita,
Yang kosong diisi,
Yang lama dihakis,
Senyuman terukir,
Kadang pelik,
Kadang hairan,
Tidak rancang,
Tidak terfikir,
Berlaku tak semena,
Ketentuan Illahi katanya. :)
Tiada punca,
Masa singkat,
Kenal kita,
Goyah mulanya,
Dalam tak sedar,
Rapat tak sengaja,
Semua nak sama,
Kisah dikongsi,
Pengalaman dicerita,
Yang kosong diisi,
Yang lama dihakis,
Senyuman terukir,
Kadang pelik,
Kadang hairan,
Tidak rancang,
Tidak terfikir,
Berlaku tak semena,
Ketentuan Illahi katanya. :)
Thursday, November 20, 2014
Jaga Hati
"...suruh tengok2 hati dia,
dah kecik katanya..,
suruh tengok2 perasaan dia,
dah calar katanya..,
asyik kita menengok jaga,
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?..."
-Fynn Jamal-
Jaga hati orang,
Hati sendiri tak terjaga,
Baik layanan kita bagi,
Percaya kita curah,
Rahsia kita pegang,
Di pijak2 pula kita,
Apa kau nak sebenarnya?
dah kecik katanya..,
suruh tengok2 perasaan dia,
dah calar katanya..,
asyik kita menengok jaga,
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?..."
-Fynn Jamal-
Jaga hati orang,
Hati sendiri tak terjaga,
Baik layanan kita bagi,
Percaya kita curah,
Rahsia kita pegang,
Di pijak2 pula kita,
Apa kau nak sebenarnya?
Sunday, November 16, 2014
Mengharap Kebenaran
Tangan diangkat ke atas,
Mengharap kebenaran,
Semakin ditadah,
Semakin banyak kelihatan,
Baik dan buruk,
Saling berganti,
Tidak untuk kali ini,
Perasaan ini,
Hanya Dia yang mengerti,
Rasa berat nak melangkah,
Takut tersalah lagi,
Takut berulang kembali,
Tunjukkan kebenaran,
Tunjukkan jalan yang benar,
Untuk diteruskan perjalanan,
Jauhkan kesedihan,
Hilangkan ketakutan,
Kekalkan kebahagiaan,
Biarkan senyuman ini,
Jangan diambil lagi.
Mengharap kebenaran,
Semakin ditadah,
Semakin banyak kelihatan,
Baik dan buruk,
Saling berganti,
Tidak untuk kali ini,
Perasaan ini,
Hanya Dia yang mengerti,
Rasa berat nak melangkah,
Takut tersalah lagi,
Takut berulang kembali,
Tunjukkan kebenaran,
Tunjukkan jalan yang benar,
Untuk diteruskan perjalanan,
Jauhkan kesedihan,
Hilangkan ketakutan,
Kekalkan kebahagiaan,
Biarkan senyuman ini,
Jangan diambil lagi.
Thursday, November 13, 2014
Wajah
Dipandang wajah,
Tenung setiap yang ada,
Sayup,, redup... tenang..
Terhenti seketika,
Hilang semua,
Senyuman diukir,
Muncul perasaan,
Sukar diungkap,
Meskipun dengan kata,
Tika fikiran melayang,
Hati berkata,
Jangan diambil wajah itu,
Biarkan wajah itu,
Buatkan lupa segalanya,
Bukan hanya sementara,
Biarkan kekal selamanya,
Sayang...
Tenung setiap yang ada,
Sayup,, redup... tenang..
Terhenti seketika,
Hilang semua,
Senyuman diukir,
Muncul perasaan,
Sukar diungkap,
Meskipun dengan kata,
Tika fikiran melayang,
Hati berkata,
Jangan diambil wajah itu,
Biarkan wajah itu,
Buatkan lupa segalanya,
Bukan hanya sementara,
Biarkan kekal selamanya,
Sayang...
Sunday, November 9, 2014
Kekuatan
Bila tiba gembira,
Pasti ada sedih,
Tika gelak ketawa,
Lantas berfikir, apa akan jadi?
Ya tuhan, kekalkanlah senyuman gelak tawa ini,
Ya tuhan, berikanlah kesedihan yang memadai,
Ya tuhan, aku redha dengan setiap apa yang diberi,
Ya tuhan, dengan izin-Mu aku bersedia dengan apa yang diuji,
Mohon keampunan, sekiranya aku tidak mensyukuri,
Dengan segala nikmat yang diperolehi,
Dilakarkan kehidupan baru,
Agar terus melangkah ke depan,
Kekuatan adalah aku,
Dan mereka disekeliling ku,
Senyuman mereka sudah memadai bagiku,
Dalam tidak sedar,
Hilangnya satu kekuatan,
DiberikanNya kekuatan lain.
"Aku tidak secantik Balqis,
tidak setulus Zulaika,
tidak sekuat Siti Hajar,
tidak semulia Siti Khadijah..."
Ada apa?
Sama macam semua,
Tiada apa,
Manusia biasa,
Punyai hati perasaan,
Tidak sekuat setabah mana,
Mencari erti kehidupan sebenar,
Menempuh cabaran dugaan,
Di uji dengan pelbagai ujian,
Aku manusia,
Perlu petunjuk,
Perlu bimbingan,
Perlu sokongan,
Perlu semangat,
Perlu ajaran,
Perlu segala,
Yang membawa merentasi,
Segala di dunia & akhirat kelak.
Tangan diangkat ditadah,
Mohon agar dipermudahkan segalanya,
tidak setulus Zulaika,
tidak sekuat Siti Hajar,
tidak semulia Siti Khadijah..."
Ada apa?
Sama macam semua,
Tiada apa,
Manusia biasa,
Punyai hati perasaan,
Tidak sekuat setabah mana,
Mencari erti kehidupan sebenar,
Menempuh cabaran dugaan,
Di uji dengan pelbagai ujian,
Aku manusia,
Perlu petunjuk,
Perlu bimbingan,
Perlu sokongan,
Perlu semangat,
Perlu ajaran,
Perlu segala,
Yang membawa merentasi,
Segala di dunia & akhirat kelak.
Tangan diangkat ditadah,
Mohon agar dipermudahkan segalanya,
Sunday, November 2, 2014
Lautan
Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan kerna kini kau ku ada
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan kerna kini kau ku ada
Subscribe to:
Posts (Atom)