Monday, October 27, 2014

Kenangan

Kadang ingat balik,
Kadang langsung lupa,
Kenangan takkan hilang,
Ada je kat situ,
Tak perasan kan,
Nampak pudar.
Kadang baik,
Kadang tak perlu pun,
Tengok keadaan,
Boleh bagi senyum,
Boleh menyakitkan,
Tengok cara.



Life

When i say I’m happy,
I really meant it,
When i say I’m sad,
It is true, I’m so sad,
When i say I’m angry,
I can be a tiger,
When i keep silent,
Find it by yourself,
There’s 1001 question,
Can review it,
For this time being,
In whatever situation,
I’m truly happy,
Thanks Allah for this wonderful life,



Friday, October 24, 2014

Curi Masa

Bukan nak ponteng.
Mood yang tak sampai.
Kerja sikit yang jalan.
Agak bosan.
Curi masa.
Buat benda lain.
Kasi tutup hati.
Kurang tenang.
Tak senang.
Belanja gambar sikit.


Masa macam ni lah.
Waktu ni lah.
Ingat semua.
Korang mana.
Bak semangat sikit.
Ganti balik.

Thursday, October 23, 2014

Jangan Ulang

Ingat yang dulu,
Apa dah jadi?
Macam mana kau,
Lupa dah semua?
Perangai jaga,
Sikap elok sikit,
Perasaan kawal,
Tolong, tolonglah,
Jangan Ulang.


Sunday, October 19, 2014

Rentak Alunan Hidup

Bulat segi, bengkok lurus,
Atas bawah, depan belakang,
Rentak alunan hidup,

Susah senang, sedih gembira,
Tangis pilu, gelak ketawa,
Rentak alunan hidup,

Datang pergi, muncul hilang,
Jauh dekat, ia berikan,
Rentak alunan hidup,

Monday, October 13, 2014

Sebenarnya

Akal rancak berfikir
Otak tangkas bergerak
Persoalan demi persoalan
Diungkap satu persatu
Mana yang benar
Mana yang bohong
Berjaya dijawab
Ada keyakinan pada jawapan
Tapi datang ketakutan mengacau
Perasaan tak boleh ditipu
Takpe, ada Allah swt membantu
Tunjukkan semua
Jelaskan segala
Biarkan jawapan itu
Disimpan serapinya
Biarkan jawapan itu
Menunjukkan kelibatnya
Jika benar itu jalannya
In Shaa Allah
Benarlah ia.. ^^


"...Love you to the moon and back..."



Thursday, October 9, 2014

Berteraskan Kekentalan

Sakit mata tengok
Sakit hati rasa
Pergi jauh-jauh
Jangan kau memperdaya
Ku sayang dia
Ku juga sayang dia
Kuat jiwa kental
Kuat hati tabah
Simpan ketat-ketat
Pegang erat-erat
Biar tiada luka
Sentapku terjaga
Biar merana
Biar sengsara
Korban sedikit rasa
Janji mereka bahagia
Senyum senantiasa
Tiada yang terluka




Monday, October 6, 2014

Berakhirnya Disini

Percutian yang menyeronokkan menyenangkan,
Melihat keadaan manusia,
Yang berlainan cara kehidupan,
Terdetik rasa kesyukuran dihati,
Syukur,
Munculnya seseorang dan perginya seseorang,
Masih tidak sedar,
Rindukan negara tercinta,
Menghitung hari pulang ke tempat asal,
Pesawat akan berlepas,
Kata-kata prihatin diberikan,
Hati-hati, tersenyum sendiri,
Bukan darinya, bukan,
Usai membersihkan dan merehatkan diri,
Terdetik dihati melihat akan sesuatu,
Bertukar semuanya,
Terus mencuba sehingga boleh,
Terpaku, seakan tidak percaya,
Diamnya bersebab, ku mengerti,
Pintu hati tertutup rapat,
Segala alasan tidak dapat diterima,
Tiada kesungguhan yang menyakinkan,
Lepaskan pergi..

Tuesday, April 22, 2014

10 tahun, aku bersamanya

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya dia ditakdirkan untuk ku,
dan aku ditakdirkan untuk nya,
kau permudahkanlah kami ke arah jalan yang kau redhai,
kau peliharalah kami dalam batas-batas syariat.

Terlalu cepat masa berlalu,
Dalam tak sedar sudah 10 tahun aku mengenali dia,
Ya, aku sangat menyayanginya,
Dalam tak sedar juga, kami membesar bersama,
Kami mengharungi kehidupan seorang kanak-kanak remaja,
Kami belajar mengenal erti kehidupan sebenar,
Kami belajar pahit manis dalam membentuk kehidupan,
Aku tertarik dengan salah satu kenyataan dia,
Dia menyukai aku disebabkan aku sentiasa bersama dia,
Tidak kira walau dalam keadaan apa sekalipun,
Seteruk mana kami bertengkar,
Sehingga berpaling muka,
Kami tetap akan seperti sedia kala,
Kami saling memerlukan,
Itu yang pasti,
Walaupun dia bukan orang berada,
Tidak setampan mana, tiada harta,
Aku tetap selesa bersamanya,
Dia tetap yang terbaik untukku,

Ya Allah Ya Tuhanku, kau tabahkan lah hati kami,
Kami sedang berusaha ke jalan mu,
Walaupun kadang-kala seakan rasa mahu berserah,
Kami tetap akan berusaha mengharungi segala dugaan yang kau berikan,
In shaa Allah, aku percaya sekiranya dia sudah tertulis dan ditakdirkan untuk ku,
Kau pasti akan memberikanya. :)






Saturday, September 21, 2013

Susah Senang Orang yang Berkerjaya

Assalamualaikum wbt,

Ini kisah aku dan mereka.
Since dan bergelar seorang yang berkerjaya ni macam2 yang aku belajar, macam2 yang aku jumpa. Aku baru je masuk alam bekerja ni. Nak dijadikan cerita, lepas je habis praktikal terus sambung kerja kat situ dan sekarang baru je masuk kerja baru dua minggu macam tu lah.

Story 1
Kisah yang boleh dikongsi bersama semua orang, niat satu2nya bekerja kerana Allah swt. Aku ni takde lah baik sangat alim sangat. Tapi aku percaya once kita niat kerana Dia, hidup pastinya mudah. Aku bersyukur giler even gaji takda la besau mana. Masih mencukupi. 

Story 2
Berkongsi kesenangan bersama mereka yang berada di dalam kesusahan atau yang tidak sempurna. Even pemberian yang tak banyak, janji ikhlas supaya kite dapat keberkatan daripada pemberian itu.

Nasihat 1
Stop mengeluh. Ini memang something yang sangat difficult untuk kita as human. Manusia sentiasa suka mengeluh. Dalam hidup aku ni je, ramai sangat aku jumpa yang sebegitu. I try my best untuk tidak mengeluh. In shaa allah.

Nasihat 2
Tidak meminta berlebih-lebihan. You know what i mean right. Syukur dengan apa yang diperolehi. Bukan kita disuruh untuk tidak berusaha mendapatkan yang lebih tinggi. Tapi kita sebenarnya diminta bersabar + berusaha + redha untuk ke tahap itu. Bukan sewenang-wenangnya kita dapat pergi ke tahap yang lebih tinggi. That's why kenapa kita rasa hidup kita tak mencukupi. Tak salah memulakan sesuatu dari peringkat yang lebih rendah. Think positive. Dari bawah tu lah yang kita akan belajar macam2. 

Nasihat 3
Kontrak @ tetap? Jangan sesekali menyalahkan word ni. Kontrak boleh dibuang bila-bila masa je? ye betul, tidak dinafikan. Tetapi, even tetap pun bos kau boleh buang je kalau die rasa die taknak perkhidmatan kau tu. So, its depends on us, how we do our work. Selagi kerja kita betul, orang pun suka, tak ada beza pun antara kontrak dengan tetap. Dapat point kat situ tak?

Nasihat 4
Jangan banding diri kita dengan seseorang. Biarlah kalau die gaji banyak tapi kerja macam hampeh sekali pun. Jangan ikut die. Jangan pertikaikan die. Kau tengok diri sendiri dulu. Sesungguhnya, orang yang bersabar, orang yang ikhlas bekerja, niat kerana Allah swt, Pasti dimudahkan segala-galanya. In Shaa Allah.

Antara rujukan yang korang boleh refer:

a) "Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)

b) "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)

c) "Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan." (al-Taubah: 105)

d) "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)

e) "Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai dari apa yang mereka lakukan". (al-An'am: 132)

f) "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)


Ini adalah kisah yang dapat dikongsikan kat korang berdasarkan pengalaman yang ada. Sekiranya ada apa-apa yang salah, harap dibetulkan. Aku manusia yang tidak sempurna. Sekian, Terima Kasih.

P/s: Entry paling panjang yang pernah aku buat. Muehehe. ^^v