Jom kita ulang tayang balik kisah dolu-dolu ye. Kisah mula-mula masuk UTHM ni. Weeeee! Al-kisah bermula apabila Ayu tiba di UTHM around 2 something la. Bila dah selesai semua sesi pendaftaran itu, dia terus menuju ke kolej kediaman yang akan dihuninya sehingga kontrak itu tamat. KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA. Yeah! itulah nama yang diberi. Ayu telah mendapat rumah bernombor L4-02 dan dia akan bermastautin di bilik B. Penghuni yang akan menjadi mangsa untuk mengadap muka si Ayu ni ada dua orang. Najihah dan juga Shikin.
>>>Najihah merupakan orang pertama yang berkata-kata dengan Ayu semasa pendaftaran kolej giat dijalankan. Najihah juga merupakan seorang yang pemalu dan pendiam [LAH SANGATTT] tapi, luaran je dalaman memang tak terlayan dah dengan cakap dia.
>>>Shikin sangat obses dengan doraemon. Perkara yang tak bole lupa pasal Shikin ni masa dolu-dolu tu adalah mengenai movie m*********o. Awak ingat lagi tak wahai Ashikin Samat? awak layan movie tu baekkk punya sorang-sorang je kan. Tak pelawa langsung beb. Hahaha. At last, kantoi juga kan.
Sekejap! Tapi kenapa Ayu asyik ke bilik sebelah pulak? Ayu ayu.. Itulah satu permasalahan yang tidak dapat diselesaikan. Ayu sendiri tidak tahu kenapa jadi macam tu. Sejak dari sekolah teknik lagi dia sudah berperangai sebegitu. Bestfriend satu kelas satu course tak ada. Tapi lain kelas lain course ada pulak. Berterusan la perangai si Ayu ni sehingga sekarang. Kesian kat roomate kau Ayu. Haish.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment