Seramai-ramai manusia dalam dunia ini,
Hanya dia seorang sahaja yang mengetahui segala-galanya,
Semua yang orang yang berkenaan dalam hidup aku,
Semua masalah yang berkaitan dengan semua itu,
Semua kegembiraan yang ada dalam setiap itu,
Semua kedukaan dan kesedihan yang terdapat pada diri aku,
Hanya dia sahaja yang tahu segalanya,
Even, mama pun tidak mengetahui kesemua ceritera hidup aku,
Ye, dia yang aku maksudkan adalah nenek,
Ini tidak bermakna aku mengetepikan dia yang melahirkan aku,
Tapi, aku lebih selesa menceritakan segalanya kepada nenek,
Aku akan berasa tenang yang teramat,
Tidak dapat digambarkan bagaimana akan aku hadapi,
Sekiranya tiada nenek di sisi,
Ya Allah, kau berilah kesihatan yang baik kepadanya,
Kau berilah kekuatan dan ketabahan kepadanya,
Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui segalanya..