Kemesraan si gadis dan si jejaka tidak sampai di situ sahaja. Perbuatan si jejaka yang asyik mengganggu dan mengusik si gadis tetap tidak berubah. Apabila selesai sesi persekolahan, di dalam perjalanan pulang ke rumah si gadis tetap diusik olehnya. Perkara ini berterusan sehingga mereka berada ditingkatan tiga. Pada sesi persekolahan kali ini, kelas si gadis dan si jejaka terletak bersebelahan sahaja. Lagi menaikkan tocang si jejaka untuk terus mengganggu si gadis. Namun, baik juga bagi si gadis kerana dia dapat mengenali si jejaka secara mendalam. Malah, dia juga boleh tahu segala kelemahan dan kekurangan si jejaka. Si jejaka merupakan seorang pengawas sekolah. Pengawas sekolah hanya terletak pada nama kerana sikap si jejaka tidak ubah seperti seorang pelajar yang amat dikehendaki oleh seorang guru displin dan pada bila-bila masa sahaja akan dibuang sekolah.
Si jejaka terkenal dengan sikap lewat sampai ke sekolah. Sehinggakan loceng sudah berbunyi pun, dia boleh bersenang-lenang memasuki perkarangan sekolah tanpa menghiraukan sebarang masalah yang akan menimpa dirinya. Si gadis pula merupakan seorang pengawas perpustakaan sekolah. Di mana, setiap kali waktu rehat si gadis akan berada dan bertugas di perpustakaan sekolah.
Kelas pendidikan Islam telah tamat. Ini bermakna si gadis akan berjumpa dengan si jejaka sebentar sahaja lagi. Hati dan perasaan si gadis ketika itu tidak dapat digambarkan betapa resah dan gelisahnya dia untuk mengharungi segala perkara yang akan terjadi selepas ini. Sedang si gadis sibuk menyalin apa yang diberitahu oleh gurunya, tiba-tiba si jejaka muncul. Dan mereka ditinggalkan bersendirian oleh rakan sekelasnya. Perasaan si gadis makin bertambah tidak keruan. Resah, gelisah, takut, malu, semuanya saling bertukar ganti. Sementara menunggu si jejaka menyatakan hasratnya itu, si gadis membuat keputusan untuk berpura-pura tenang dan menyibukkan dirinya dengan menyalin setiap yang tertulis di papan hitam walaupun sebenarnya dia telah selesaikannya.
Sikap si gadis dapat dibaca oleh si jejaka. Si jejaka memberitahu si gadis supaya dia menyiapkan apa yang sepatutnya terlebih dahulu sebelum si jejaka menyuarakan apa yang tersirat dihatinya kepada si gadis. Si gadis tiada jalan lain lagi untuk lari daripada bertentang mata dengan si jejaka. Si gadis telah bersiap sedia. Dan akhirnya si jejaka berjaya menyatakan segala hasratnya untuk memiliki si gadis. Si gadis hanya mendiamkan diri dan mendengar dengan tekun mengenai semua yang dinyatakan oleh si jejaka. Untuk membuktikan dan persetujuan untuk perhubungan ini sama ada diterima atau ditolak, si jejaka memberikan sebentuk cincin kepada si gadis dan menyatakan sekiranya si gadis sudi terima si jejaka sebagai sebahagian daripada hidupnya, maka si gadis perlu memakai cincin tersebut didepannya. Jika tidak, ia adalah disebaliknya. Setelah berfikir sedalamnya, tanpa membuang masa, si gadis membuat keputusan dan dia............
bersambung...
p/s: Segala watak dan cerita yang ditulis dan dipaparkan disini hanya mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis semata-mata. Maaf dipohon sekiranya terdapat unsur yang boleh mengaitkan sesiapa.
2 comments:
sambung lagi.. bile nk sudah ni.. adoiiiiiiiiiiiiii... cpt la abs kan..
alaa... xde feel nak ngayat lah....
Post a Comment