Tuesday, June 4, 2013

Dugaan hidup

Ujian, dan terus di uji,
Kekuatan, ketabahan, kesetiaan di uji dengan hebat sekali,
Itu sudah ketentuan Illahi,
Ibarat ditempatkan di kawasan hutan tebal,
Yang penuh onak, ranjau dan duri,
Ya, sudah pasti tiada siapa yang dapat dijumpai,
Semasa dalam kesusahan, pada ketika itulah yang diperlukan tiada di sisi,
Dia suruh bangun sendiri, dengan cara kau yang tersendiri,
Mampukah kau mengharungi segala rintangan yang diberi,
Ini masih sedikit, masih banyak yang menanti kau diluar sana nanti,
Kau lemah, kau pengecut, kau tidak yakin pada diri kau sendiri,
Inikan pula tuhan mu yang sentiasa di sisi,
Dia maha esa, Dia maha kuasa,
Setiap yang diberi, pasti ada hikmah disebalik semuanya itu nanti,
Kau sabar, kau tempuhi segala dengan hati yang redha,
Pasti ada ganjaran yang menanti kau di sana,
Itu sudah ketentuanNya, yang maha esa..


No comments: