Monday, December 22, 2014

Rentak

Apa di hati,
Tak sama di fikiran,
Apa di ingin,
Tak semua dapat,
Sekadar menguji,
Harapan ketepikan,
Tak mengapa,
Ikut rentak permainan,
Kita sama lihat,
Buang ego,
Jangan sebab mulut,
Tuhan makbulkan,
Sendiri tak keruan,
Jangan...



Saturday, December 13, 2014

Buntu

Kelam-kabut,
Tak seindah dulu,
Tiada gelak tawa mereka,
Timbul jurang antara itu,
Rosakkan pertalian,
Semuanya terbatas,
Muncul antara mereka,
Hadir dalam semua,
Kelihatan nya kecil,
Tidak, besar kesannya,
Salah aku?
Puncanya aku?
Kenapa aku?
Perlukah kembali?
Biarkan seperti yang asal?
Walau pun sakit?
Jahatnya aku,
Apa lagi cara,
Hilang dari hidup,
Undur diri,
Angkat kaki,
Lagak macam tiada apa jadi,
Mudahnya cara,
Ya Allah mohon bantuan,
Kuatkan aku,
Aku buntu...







Tuesday, December 9, 2014

Kepuasan

Dasar manusia tak pernah puas,
Dengki cemburu sana sini,
Tak sedar dengan apa yang ada,
Tak nampak di depan mata,

Dasar manusia tak sedar diuntung,
Tak bersyukur dengan yang diberi,
Lupa kesukaran dihadapi,
Tinggal setelah memiliki,





Friday, November 28, 2014

Jaga Kata

Dari kata jadi segala,
Puas dijaga,
Sudah ditahan,
Untuk sekeping hati.

Dari kata nampak,
Kenal semua,
Kadang tak perasan,
Tercuit hati.


Sunday, November 23, 2014

Katanya

Muncul tiba-tiba,
Tiada punca,
Masa singkat,
Kenal kita,
Goyah mulanya,
Dalam tak sedar,
Rapat tak sengaja,
Semua nak sama,
Kisah dikongsi,
Pengalaman dicerita,
Yang kosong diisi,
Yang lama dihakis,
Senyuman terukir,
Kadang pelik,
Kadang hairan,
Tidak rancang,
Tidak terfikir,
Berlaku tak semena,
Ketentuan Illahi katanya.  :)


Thursday, November 20, 2014

Jaga Hati

"...suruh tengok2 hati dia,
dah kecik katanya..,
suruh tengok2 perasaan dia,
dah calar katanya..,
asyik kita menengok jaga,
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?..."

-Fynn Jamal-


Jaga hati orang,
Hati sendiri tak terjaga,
Baik layanan kita bagi,
Percaya kita curah,
Rahsia kita pegang,
Di pijak2 pula kita,
Apa kau nak sebenarnya?





Sunday, November 16, 2014

Mengharap Kebenaran

Tangan diangkat ke atas,
Mengharap kebenaran,
Semakin ditadah,
Semakin banyak kelihatan,
Baik dan buruk,
Saling berganti,
Tidak untuk kali ini,
Perasaan ini,
Hanya Dia yang mengerti,
Rasa berat nak melangkah,
Takut tersalah lagi,
Takut berulang kembali,
Tunjukkan kebenaran,
Tunjukkan jalan yang benar,
Untuk diteruskan perjalanan,
Jauhkan kesedihan,
Hilangkan ketakutan,
Kekalkan kebahagiaan,
Biarkan senyuman ini,
Jangan diambil lagi.







Thursday, November 13, 2014

Wajah

Dipandang wajah,
Tenung setiap yang ada,
Sayup,, redup... tenang..
Terhenti seketika,
Hilang semua,
Senyuman diukir,
Muncul perasaan,
Sukar diungkap,
Meskipun dengan kata,
Tika fikiran melayang,
Hati berkata,
Jangan diambil wajah itu,
Biarkan wajah itu,
Buatkan lupa segalanya,
Bukan hanya sementara,
Biarkan kekal selamanya,
Sayang...

Sunday, November 9, 2014

Kekuatan

Bila tiba gembira,
Pasti ada sedih,
Tika gelak ketawa,
Lantas berfikir, apa akan jadi?
Ya tuhan, kekalkanlah senyuman gelak tawa ini,
Ya tuhan, berikanlah kesedihan yang memadai,
Ya tuhan, aku redha dengan setiap apa yang diberi,
Ya tuhan, dengan izin-Mu aku bersedia dengan apa yang diuji,
Mohon keampunan, sekiranya aku tidak mensyukuri,
Dengan segala nikmat yang diperolehi,
Dilakarkan kehidupan baru,
Agar terus melangkah ke depan,
Kekuatan adalah aku,
Dan mereka disekeliling ku,
Senyuman mereka sudah memadai bagiku,
Dalam tidak sedar,
Hilangnya satu kekuatan,
DiberikanNya kekuatan lain.





"Aku tidak secantik Balqis,
tidak setulus Zulaika,
tidak sekuat Siti Hajar,
tidak semulia Siti Khadijah..."


Ada apa?
Sama macam semua,
Tiada apa,
Manusia biasa,
Punyai hati perasaan,
Tidak sekuat setabah mana,
Mencari erti kehidupan sebenar,
Menempuh cabaran dugaan,
Di uji dengan pelbagai ujian,
Aku manusia,
Perlu petunjuk,
Perlu bimbingan,
Perlu sokongan,
Perlu semangat,
Perlu ajaran,
Perlu segala,
Yang membawa merentasi,
Segala di dunia & akhirat kelak.
Tangan diangkat ditadah,
Mohon agar dipermudahkan segalanya,





Sunday, November 2, 2014

Lautan

Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan kerna kini kau ku ada

Thursday, October 30, 2014

Bukan pertama, terakhir

Bangga, pertama dan terakhir,
Konon bahagia,
Hebat, mampu tahan,
Hadap semua,
Tersentak,
Sedar realiti sebenar,
Hidup tiada yang mustahil,
Apa nak jadi, jadi,
Tuhan adil,
Dia dah rancang semua,
Tinggal kau nak mencorak mewarna,
Dalam tak sedar,
Kita yang hasilkan,
Kita juga yang musnahkan,
Kau kuat, kau kental,
Pandang depan,
Jangan tengok belakang,
Biarkan je pertama,
Kejar tu, yang terakhir. ^^







Monday, October 27, 2014

Kenangan

Kadang ingat balik,
Kadang langsung lupa,
Kenangan takkan hilang,
Ada je kat situ,
Tak perasan kan,
Nampak pudar.
Kadang baik,
Kadang tak perlu pun,
Tengok keadaan,
Boleh bagi senyum,
Boleh menyakitkan,
Tengok cara.



Life

When i say I’m happy,
I really meant it,
When i say I’m sad,
It is true, I’m so sad,
When i say I’m angry,
I can be a tiger,
When i keep silent,
Find it by yourself,
There’s 1001 question,
Can review it,
For this time being,
In whatever situation,
I’m truly happy,
Thanks Allah for this wonderful life,



Friday, October 24, 2014

Curi Masa

Bukan nak ponteng.
Mood yang tak sampai.
Kerja sikit yang jalan.
Agak bosan.
Curi masa.
Buat benda lain.
Kasi tutup hati.
Kurang tenang.
Tak senang.
Belanja gambar sikit.


Masa macam ni lah.
Waktu ni lah.
Ingat semua.
Korang mana.
Bak semangat sikit.
Ganti balik.

Thursday, October 23, 2014

Jangan Ulang

Ingat yang dulu,
Apa dah jadi?
Macam mana kau,
Lupa dah semua?
Perangai jaga,
Sikap elok sikit,
Perasaan kawal,
Tolong, tolonglah,
Jangan Ulang.


Sunday, October 19, 2014

Rentak Alunan Hidup

Bulat segi, bengkok lurus,
Atas bawah, depan belakang,
Rentak alunan hidup,

Susah senang, sedih gembira,
Tangis pilu, gelak ketawa,
Rentak alunan hidup,

Datang pergi, muncul hilang,
Jauh dekat, ia berikan,
Rentak alunan hidup,

Monday, October 13, 2014

Sebenarnya

Akal rancak berfikir
Otak tangkas bergerak
Persoalan demi persoalan
Diungkap satu persatu
Mana yang benar
Mana yang bohong
Berjaya dijawab
Ada keyakinan pada jawapan
Tapi datang ketakutan mengacau
Perasaan tak boleh ditipu
Takpe, ada Allah swt membantu
Tunjukkan semua
Jelaskan segala
Biarkan jawapan itu
Disimpan serapinya
Biarkan jawapan itu
Menunjukkan kelibatnya
Jika benar itu jalannya
In Shaa Allah
Benarlah ia.. ^^


"...Love you to the moon and back..."



Thursday, October 9, 2014

Berteraskan Kekentalan

Sakit mata tengok
Sakit hati rasa
Pergi jauh-jauh
Jangan kau memperdaya
Ku sayang dia
Ku juga sayang dia
Kuat jiwa kental
Kuat hati tabah
Simpan ketat-ketat
Pegang erat-erat
Biar tiada luka
Sentapku terjaga
Biar merana
Biar sengsara
Korban sedikit rasa
Janji mereka bahagia
Senyum senantiasa
Tiada yang terluka




Monday, October 6, 2014

Berakhirnya Disini

Percutian yang menyeronokkan menyenangkan,
Melihat keadaan manusia,
Yang berlainan cara kehidupan,
Terdetik rasa kesyukuran dihati,
Syukur,
Munculnya seseorang dan perginya seseorang,
Masih tidak sedar,
Rindukan negara tercinta,
Menghitung hari pulang ke tempat asal,
Pesawat akan berlepas,
Kata-kata prihatin diberikan,
Hati-hati, tersenyum sendiri,
Bukan darinya, bukan,
Usai membersihkan dan merehatkan diri,
Terdetik dihati melihat akan sesuatu,
Bertukar semuanya,
Terus mencuba sehingga boleh,
Terpaku, seakan tidak percaya,
Diamnya bersebab, ku mengerti,
Pintu hati tertutup rapat,
Segala alasan tidak dapat diterima,
Tiada kesungguhan yang menyakinkan,
Lepaskan pergi..

Tuesday, April 22, 2014

10 tahun, aku bersamanya

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya dia ditakdirkan untuk ku,
dan aku ditakdirkan untuk nya,
kau permudahkanlah kami ke arah jalan yang kau redhai,
kau peliharalah kami dalam batas-batas syariat.

Terlalu cepat masa berlalu,
Dalam tak sedar sudah 10 tahun aku mengenali dia,
Ya, aku sangat menyayanginya,
Dalam tak sedar juga, kami membesar bersama,
Kami mengharungi kehidupan seorang kanak-kanak remaja,
Kami belajar mengenal erti kehidupan sebenar,
Kami belajar pahit manis dalam membentuk kehidupan,
Aku tertarik dengan salah satu kenyataan dia,
Dia menyukai aku disebabkan aku sentiasa bersama dia,
Tidak kira walau dalam keadaan apa sekalipun,
Seteruk mana kami bertengkar,
Sehingga berpaling muka,
Kami tetap akan seperti sedia kala,
Kami saling memerlukan,
Itu yang pasti,
Walaupun dia bukan orang berada,
Tidak setampan mana, tiada harta,
Aku tetap selesa bersamanya,
Dia tetap yang terbaik untukku,

Ya Allah Ya Tuhanku, kau tabahkan lah hati kami,
Kami sedang berusaha ke jalan mu,
Walaupun kadang-kala seakan rasa mahu berserah,
Kami tetap akan berusaha mengharungi segala dugaan yang kau berikan,
In shaa Allah, aku percaya sekiranya dia sudah tertulis dan ditakdirkan untuk ku,
Kau pasti akan memberikanya. :)