Tuesday, April 22, 2014

10 tahun, aku bersamanya

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya dia ditakdirkan untuk ku,
dan aku ditakdirkan untuk nya,
kau permudahkanlah kami ke arah jalan yang kau redhai,
kau peliharalah kami dalam batas-batas syariat.

Terlalu cepat masa berlalu,
Dalam tak sedar sudah 10 tahun aku mengenali dia,
Ya, aku sangat menyayanginya,
Dalam tak sedar juga, kami membesar bersama,
Kami mengharungi kehidupan seorang kanak-kanak remaja,
Kami belajar mengenal erti kehidupan sebenar,
Kami belajar pahit manis dalam membentuk kehidupan,
Aku tertarik dengan salah satu kenyataan dia,
Dia menyukai aku disebabkan aku sentiasa bersama dia,
Tidak kira walau dalam keadaan apa sekalipun,
Seteruk mana kami bertengkar,
Sehingga berpaling muka,
Kami tetap akan seperti sedia kala,
Kami saling memerlukan,
Itu yang pasti,
Walaupun dia bukan orang berada,
Tidak setampan mana, tiada harta,
Aku tetap selesa bersamanya,
Dia tetap yang terbaik untukku,

Ya Allah Ya Tuhanku, kau tabahkan lah hati kami,
Kami sedang berusaha ke jalan mu,
Walaupun kadang-kala seakan rasa mahu berserah,
Kami tetap akan berusaha mengharungi segala dugaan yang kau berikan,
In shaa Allah, aku percaya sekiranya dia sudah tertulis dan ditakdirkan untuk ku,
Kau pasti akan memberikanya. :)






No comments: