Saturday, May 9, 2015

Seandainya

Tertarik dengan warkah ini.
Satu entry dari mirulafiq.blogspot
Sangat beri kesan kat hati kat mata kat semua.
Sedikit perkongsian di sini. :)

_______________________________________

Ya Allah...
izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk menjadi sempurna dimata seseorang yg mencintai aku.. bawalah aku ke jalan yg diredhaiMu.. aku mahu bersama-sama dia menuju jalan cintaMu yg hakiki..

Ya Allah...
seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untukku, satukanlah hatinya dgn hatiku.. titipkanlah kebahagiaan didalam hati kami.. Ya Allah, aku mohon apa yg telah Engkau takdirkan, aku harap dia adalah yg terbaik buat diriku kerana hanya Engkau maha mengetahui segala hal.. permudahkanlah kearah jodoh kami..

Ya Allah...
jika cintaku Kau ciptakan untuknya, teguhkan hatinya, teguhkan imannya, sucikan cintanya dan lembutkan rindunya...

Ya Allah...
jika hatiku Kau ciptakan untuknya.. penuhi hatinya dgn kasihMu.. terangi langkahnya dengan nurMu.. bisikan kedamaian dlm kegelapan.. temani dia dalam sebuah penantian..

Ya Allah...
ku titipkan cintaku padaMu untuknya.. sampaikan rinduku pada rindunya.. bimbinglah cintaku dan cintanya.. satukanlah hidupku dan hidupnya dalam cintaMu.. sesungguhnya aku ingin bersama-sama dia kesyurgaMu...

tetapi Ya Allah..
andai dia bukan untukku, dan tidak pernah tertulis untukku di luh mahfuz, izinkan aku melupakannya buat selamanya..  dan bila mana aku harus mengingati dia yg bukan milikku, maka bantulah aku jauh dari rasa rindu yg teramat padanya..

andai ada kenangan antara kami yg mengikat diri, maka lupuskanlah dia dari ingatanku.. biarkanlah aku jauh dari dirinya, dan ikatlah diriku utk terus setia dgn kasihMu.. hilangkanlah bayangnya dari mindaku ini Ya Allah.. payunglah aku dgn rahmatMu.. perindahkanlah lisanku ini utk terus berzikir menyebut asma'mu... agar aku selamat dlm cintaMu..

Ya Allah...
andai dia benar bukan untukku... kekalkanlah kegembiraan dan kesejahteraan hidupnya juga.. hindarilah dia dari sebarang bala dan bahaya.. lindungi dia walau dimana dia berada.. jauhi dia dr orang yg ingin menyakitinya.. hadirkan insan yg benar2 ikhlas terhadap dirinya agar kebahagiaan selalu bersamanya.. moga suatu hari nanti Engkau akan membahagiakan aku sama seperti apa yg dia rasa....

berikan aku kekuatan agar aku bahagia walau tanpa dirinya..

Ya Allah, bantulah aku utk bersabar.. andai janjiMu terikat ada jodoh antara kami, pasti masa itu akan tiba.. aku tak mahu cinta ini hanyut begitu saja kerana cinta itu terlalu suci..ianya anugerah Ilahi.. aku ingin dirinya menjadi peneman hidupku.. mengingatkan diriku saat aku terleka dari mengingatimu.. tetapi aku takut utk meletakkan harapan yg terlalu tinggi kerana bimbang bukan aku yg menjadi pelengkap hidupnya... campakkanlah kekuatan dan kesabaran dalam hatiku agar aku mampu tersenyum disetiap langkah perjalananku walau hakikatnya hatiku terasa sayu..

_______________________________________

Aku akur dengan segala ketentuan.
Terlalu banyak dugaan dan cabaran.
Lepas satu, satu lagi yang mendatang.
Mohon kekuatan buat aku.
Amin ya Rabb.


No comments: