Wednesday, July 13, 2011

♥ Love Story ♥ : PART 1

Saya ada satu cerita. Cerita ini mengisahkan tentang sepasang kekasih. Di mana, terdapat banyak suka dan duka di dalam kisah percintaan mereka. Si gadis dan si jejaka...



Kisah bermula apabila mereka masih lagi di dalam alam persekolahan. Pada ketika itu, si gadis dan si jejaka masing-masing berada di tingkatan satu. Apa sebenarnya yang mereka ketahui tentang erti sebuah percintaan, sedangkan mereka masih lagi di alam persekolahan. Mereka masih boleh dianggap sebagai seorang kanak-kanak yang menangis kerana ingin mendapatkan susu. 

Sesi persekolahan sudah dibuka. Pada hari tersebut boleh digambarkan bagaimana perasaan pelajar tingkatan satu yang baru sahaja melangkah masuk ke alam sekolah menengah. Ada yang gembira, ada juga yang sedih, maklumlah mungkin tiada sahabat yang dikenalinya. Begitulah suasana persekolahan yang baru sahaja dibuka. Riuh-rendah.

Setelah berbulan sesi persekolahan ini bermula. Namun, perkenalan antara si gadis dan si jejaka hanya bermula apabila mereka mengenali antara satu sama lain menerusi sahabat yang lain. Ianya memakan masa agak lama juga. Pada ketika ini, rakan baik si gadis iaitu si comel telah menyukai seorang budak lelaki yang berada di kelas lain iaitu si jejaka. Dan pada masa ini juga lah, si gadis mula mengenali si jejaka tetapi dengan tidak begitu mendalam. Si comel amat menyukai si jejaka, sehinggakan dia sanggup melakukan apa sahaja demi untuk melihat si jejaka itu. Si gadis berasa sungguh terharu melihat rakannya itu kerana si comel menunjukkan kesungguhannnya untuk mendapatkan si jejaka. Hampir setiap petang, apabila selesai sesi persekolahan, si gadis akan menemani si comel pergi mengintip setiap gerak geri si jejaka. Si gadis amat tertarik dengan telatah rakan baiknya itu. Si gadis beranggapan bahawa si jejaka tersebut sangat beruntung sekiranya dia membalas segala yang telah dilakukan oleh si comel terhadap dirinya.

Persahabatan baik antara si gadis dan si comel hanya setakat itu sahaja. Bukan disebabkan hal-hal yang tidak baik. Tapi disebabkan oleh perpisahan semasa tingkatan dua apabila mereka telah terpisah kelas. Masing-masing sudah bertukar kelas lain. Mereka tetap berkawan, malangnya tidak serapat seperti dahulu lagi. Segala mengenai si comel tidak diketahui secara mendalam lagi oleh si gadis. Masing-masing telah menjalankan kehidupan sendiri. 

Semasa berada di tingkatan dua, tanpa disedari sebenarnya si gadis dan si jejaka sudah semakin rapat. Boleh dikatakan hampir setiap hari si jejaka akan mengganggu dan mengusik si gadis. Ada sahaja modal untuk diusiknya. Si gadis juga tidak menyedari bahawa si jejaka menyimpan perasaan terhadap dirinya. Walaupun mereka berlainan kelas, si gadis ditingkat atas dan si jejaka di tingkat bawah, pada setiap hari, si jejaka ini akan kelihatan berkeliaran ditingkat atas berhampiran dengan kelas si gadis. Hari berganti hari, begitulah yang dilalui oleh si gadis dan si jejaka. Sehinggalah mereka....... 



bersambung...



p/s: Segala watak dan cerita yang ditulis dan dipaparkan disini hanya mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis semata-mata. Maaf dipohon sekiranya terdapat unsur yang boleh mengaitkan sesiapa.


6 comments:

nur said...

per terbaik ni leh wat novel ni..hihihi

Ayu said...

belom sampai ke tahap novel lah ye.. kesian nanti penulis2 novel tu. tergugat dengan kehadiran aye. hahahaha.. ;p

Anonymous said...

best ayu!!!..teruskan cerita ni..xsabar nak baca.. pandai ayu story..susah tau nak cerita cam ni.. lagi2 dkt blog.. updatelah selalu cerita cam ni kay..mmmuuaahhh! goodluck! (^-^)v

Ayu said...

wah3! hingat senang.. kene ade feeling lah.. ati ngah tak tentu arah bole lah kua cite cani.. ok2.. will be continue.. tq :)

ヌルファドリナ said...

saiye rse pnh dgr la love story ni.. tp di mana ye.. hehehe.. gud job..

Ayu said...

ish.. ingat tak je tu cite yg penah dgr tu. ahaha.