Friday, August 26, 2011

What's wrong with me?

Sejak dua menjak ni, tak tau lah kenapa aku dah jadi macam orang tekanan jiwa dah. Macam orang gila. Macam orang meroyan pun ada jugak Apa yang aku perasan ada something lain kat aku ni. Semua orang mesti pernah rasa geram kan. Aku pun sama jugak. Tapi geram aku kali ni macam lain sangat. Bila geram tu datang, mula lah ketap gigi kuat2, genggam tangan dah macam hulk dah. Apa benda yang ada dekat2 tu mesti kena gigit lah. Baru-baru ni, tangan aku sendiri jadi mangsa. Parah weh.. Asal tah. Bila menangis tu pun tone dia lain lah. Macam orang tekanan jiwa. Sungguh! Nasib tak duduk kat sudut2 mana sambil goyang2 badan.

Aku rasa aku tau kenapa, tapi mustahil lah sebabkan tu je. Ada someone yang selalu buat aku sakit hati. Buat aku terasa hati tahap cipan. Buat aku jadi penyimpan, pendendam pun sikit. Mungkin kot sebab dah terlalu banyak semua2 tu jadi kat aku, so bila dilepaskan semua tulah jadi nya. Mungkin lah. Someone ni pun selalu buat benda yang dalam kategori pantang nenek moyang aku lah. 

Kritikal masalah aku ni, boleh jadi yang bukan2 nanti. Ya Allah, jauhkan dari perkara2 yang tak elok.. Aminn.. Hm, actually aku ni kalau marah kejap je boleh senyum balik. Tu pun kalau orang tu pandai nak buat macam mana lah kan. Sanagt senang.. Kalau nak lupa benda yang buat aku marah tu pun senang je. Tapi kalau dah berulang macam dah jadi satu kemestian. Memang tak lah. Hmmm....


Friday, August 5, 2011

Jelly cocktail : 2nd handmade!


yummy! yummy!
my 2nd jelly cocktail..
more better than the 1st one ok..
even, belum sejuk sudah sedap dimakan.
senang bangat!

"practice makes perfect"
^_^


Bahan-bahan:
1. Konnyaku Jelly [saye gune 1 paket je]
2. Air [sesedap rase]
3. Koktail [1 tin, nak lebih pun boleh...]
*saye tak gune gula sebab koktail tu kan dah ade syrup nye skali, nanti manis sangat lah pulak.




Cara-cara:
*kat belakang konnyaku jelly tu ade intructions jugak. tapi saye ikut cara saye...
1. Didih kan air.
2. Masukkan jelly sikit2 sambil kacau. untuk elak jelly berketul.
3. Biar sampai mendidih.
4. Kecilkan api, masukkan koktail dan biarkan sekejap.
5. Tuang ke dalam acuan.
6. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam fridge.
7. Sedia untuk dihidang.


Thursday, August 4, 2011

♥ Love Story ♥ : PART 3

Dengan melihat kesungguhan yang diberikan oleh si jejaka untuk memiliki dirinya, maka si gadis telah membuat keputusan bahawa dia sudi menerima si jejaka menjadi sebahagian daripada hidupnya. Cincin tersebut telah disarungkan ke jarinya dan akhirnya kisah percintaan mereka benar-benar telah bermula. Adakah kisah mereka benar-benar telah bermula? Hati dan perasaan si gadis masih lagi kurang pasti sama ada dia menerima si jejaka disebabkan oleh perasaan yang sama yang ada pada si jejaka atau dia hanya teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh si jejaka.

Perhubungan mereka pada permulaannya tidak seperti yang lain. Sekiranya bertembung, masing-masing hanya mendiamkan diri. Si gadis terutamanya. Malunya tidak bertempat. Keadaan seperti ini berterusan sehinggalah si gadis berpindah ke sekolah lain. Tapi, sebelum si gadis berpindah ke sekolah lain. Terdapat juga beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh sebelum si gadis memulakan kehidupan baru di sekolah berasrama itu. Tidak dinafikan bahawa si gadis suka dan akan mengulangi perbuatannya iaitu berkeliaran atau melintasi kelas si jejaka. Sesekali akan kelihatan si jejaka yang sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Sehinggakan pada suatu ketika tanpa disedari si gadis mencemburui rakan baik nya, si manis kerana dia kelihatan rapat dengan si jejaka.


Keadaan yang tidak diingini dan tidak dijangkakan berlaku. Setelah tamat peperiksaan menengah rendah, semua pelajar yang menduduki peperiksaan ini dibenarkan melakukan aktiviti bebas di sekolah. Pada hari itu, si gadis secara tidak sengaja telah membawa diarinya bersama ke sekolah. Si gadis dan si cantik telah  pergi berkeliaran disekitar sekolah dan mereka telah meninggalkan beg sekolah bersama-sama dengan si manis dan si lembut. Akibat kecuaian ini, si manis dan si lembut telah membaca isi kandungan yang terdapat di dalam diari itu. Si gadis tidak berniat untuk melukakan hati rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, si gadis mengakui bahawa dia telah melukan hati rakan-rakannya itu. Si gadis berasa amat kesal disebabkan oleh kecuaiannya. Namun begitu, si gadis juga amat berterima kasih kepada rakan-rakannya kerana disebabkan mereka, si gadis telah menyedari bahawa dia sebenarnya telah meyukai si jejaka. Permasalahan yang terjadi diantara si gadis dan rakan-rakannya diselesaikan dengan cara yang baik. Si gadis bersyukur kerana sehingga kini, persahabatan antara si gadis, si cantik, si manis, si lembut dan si baik berjalan dengan lancar.

Pada awalnya, si gadis tidak menyedari akan perasaan sebenarnya bahawa dia telah menyukai si jejaka secara diam-diam. Sehinggakan berlakunya perselisihan faham antara si gadis dan rakan-rakannya itu, barulah si gadis mengetahuinya. Dan hendak dijadikan cerita, setiap kali pulang ke rumah si gadis seboleh-bolehnya mengelak daripada bertembung dengan si jejaka kerana si gadis tidak mahu pulang ke rumah bersama si jejaka walaupun jarak antara rumah mereka tidak begitu jauh.

Hari berganti hari, dan si gadis telah diterima memasuki sekolah teknik dan akan menetap di asrama di sekolah itu. Tapi, bagaimanakah keadaan mereka setelah si gadis berpindah ke sekolah lain. Adakah perhubungan mereka bertambah baik atau sebaliknya?






p/s: Segala watak dan cerita yang ditulis dan dipaparkan disini hanya mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis semata-mata. Maaf dipohon sekiranya terdapat unsur yang boleh mengaitkan sesiapa. Susunan ayat kali ini tidak begitu menarik kerana 'feel' yang tidak berapa nak sampai. Harap maaf. :)