Dengan melihat kesungguhan yang diberikan oleh si jejaka untuk memiliki dirinya, maka si gadis telah membuat keputusan bahawa dia sudi menerima si jejaka menjadi sebahagian daripada hidupnya. Cincin tersebut telah disarungkan ke jarinya dan akhirnya kisah percintaan mereka benar-benar telah bermula. Adakah kisah mereka benar-benar telah bermula? Hati dan perasaan si gadis masih lagi kurang pasti sama ada dia menerima si jejaka disebabkan oleh perasaan yang sama yang ada pada si jejaka atau dia hanya teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh si jejaka.
Perhubungan mereka pada permulaannya tidak seperti yang lain. Sekiranya bertembung, masing-masing hanya mendiamkan diri. Si gadis terutamanya. Malunya tidak bertempat. Keadaan seperti ini berterusan sehinggalah si gadis berpindah ke sekolah lain. Tapi, sebelum si gadis berpindah ke sekolah lain. Terdapat juga beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh sebelum si gadis memulakan kehidupan baru di sekolah berasrama itu. Tidak dinafikan bahawa si gadis suka dan akan mengulangi perbuatannya iaitu berkeliaran atau melintasi kelas si jejaka. Sesekali akan kelihatan si jejaka yang sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Sehinggakan pada suatu ketika tanpa disedari si gadis mencemburui rakan baik nya, si manis kerana dia kelihatan rapat dengan si jejaka.
Keadaan yang tidak diingini dan tidak dijangkakan berlaku. Setelah tamat peperiksaan menengah rendah, semua pelajar yang menduduki peperiksaan ini dibenarkan melakukan aktiviti bebas di sekolah. Pada hari itu, si gadis secara tidak sengaja telah membawa diarinya bersama ke sekolah. Si gadis dan si cantik telah pergi berkeliaran disekitar sekolah dan mereka telah meninggalkan beg sekolah bersama-sama dengan si manis dan si lembut. Akibat kecuaian ini, si manis dan si lembut telah membaca isi kandungan yang terdapat di dalam diari itu. Si gadis tidak berniat untuk melukakan hati rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, si gadis mengakui bahawa dia telah melukan hati rakan-rakannya itu. Si gadis berasa amat kesal disebabkan oleh kecuaiannya. Namun begitu, si gadis juga amat berterima kasih kepada rakan-rakannya kerana disebabkan mereka, si gadis telah menyedari bahawa dia sebenarnya telah meyukai si jejaka. Permasalahan yang terjadi diantara si gadis dan rakan-rakannya diselesaikan dengan cara yang baik. Si gadis bersyukur kerana sehingga kini, persahabatan antara si gadis, si cantik, si manis, si lembut dan si baik berjalan dengan lancar.
Pada awalnya, si gadis tidak menyedari akan perasaan sebenarnya bahawa dia telah menyukai si jejaka secara diam-diam. Sehinggakan berlakunya perselisihan faham antara si gadis dan rakan-rakannya itu, barulah si gadis mengetahuinya. Dan hendak dijadikan cerita, setiap kali pulang ke rumah si gadis seboleh-bolehnya mengelak daripada bertembung dengan si jejaka kerana si gadis tidak mahu pulang ke rumah bersama si jejaka walaupun jarak antara rumah mereka tidak begitu jauh.
Hari berganti hari, dan si gadis telah diterima memasuki sekolah teknik dan akan menetap di asrama di sekolah itu. Tapi, bagaimanakah keadaan mereka setelah si gadis berpindah ke sekolah lain. Adakah perhubungan mereka bertambah baik atau sebaliknya?

p/s: Segala watak dan cerita yang ditulis dan dipaparkan disini hanya mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis semata-mata. Maaf dipohon sekiranya terdapat unsur yang boleh mengaitkan sesiapa. Susunan ayat kali ini tidak begitu menarik kerana 'feel' yang tidak berapa nak sampai. Harap maaf. :)
No comments:
Post a Comment